Monday, October 6, 2008

PEMAKANAN SIHAT PENTING KEPADA ATLIT

PEMAKANAN SIHAT PENTING KEPADA ATLIT
Melalui satu sumber, rakyat Jepun memiliki tahap kesihatan antara yang terbaik. Ini kerana bukan sahaja melalui sukan boleh mengelakkan penyakit tetapi juga pemakanan. Rakyat Jepun kurang mengamalkan makanan berminyak, kerana mereka lebih tertumpu kepada makanan secara stim dan separuh masak bagi mengekalkan zat makanan tersebut. Bijirin dan sayuran juga menjadi pilihan utama mereka untuk kesihatan. Makanan juga memainkan peranan penting dalam membina tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Rakyat Malaysia perlu menjadikan Jepun sebagai contoh untuk melahirkan atlit yang cergas, bertenaga dan sihat. Melalui sumber ini juga Negara Jepun memiliki pesakit jantung yang paling kurang didunia. Pakar pemakanan juga sangat penting bagi membantu atlit menambah tenaga dan mengekalkan stamina. Mungkin sukar bagi kita untuk mencontohi budaya pemakanan sebegini mungkin juga kerana budaya yang menjadi penghalang. Bak kata pepatah jika hendak seribu daya jika tak hendak seribu dalih, belum cuba belum tentu tahu, cubalah…………

No comments: