Monday, August 11, 2008

Pendidikan sukan

Masyarakat Malaysia kini tidak asing dengan sukan, seperti yang umum tahu sesuatu jenis sukan dikuasai mengikut bangsa dan masyarakat. Corak bersukan sesuatu masyarakat setempat banyak bergantung kepada faktor sejarah sesuatu masyarakat. Mengikut pendapat ahli sejaran dan sosiologi sukan sejagat bahawa latar belakang sejarah, sosio-politik, ekonomi dan geografi merupakan elemen-elemen utama penentu corak aktiviti fizikal sesebuah masyarakat itu. Di Malaysia, faktor penjajahan yang berlaku dalam satu tempoh msa yang lama telah mempengaruhi infra-struktur masyarakat dari aspek politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Terpenting ialah terbentuknya sebuah masyarakat majmuk. Budaya bersukan dan aktiviti fizikal di Malaysia banyak adalah dari pengaruh penjajahan yang mencerminkan mencerminkan latar belakang sejarah penjajahan British di Malaysia. Ini adalah dari kesan dasar pecah perintah British dari aktiviti ekonomi dan pendidikan yang berbeza untuk kaum-kaum yang berbeza. Ini telah menunjukkan telah mempengaruhi corak bersukan mereka. Kajian ini adalah untuk untuk mengenal pasti pola corak bersukan antara kaum-kaum utama di Malaysia dan masalah pembangunan sukan terutamanya di sekolah. Melalui kajian yang yang melibatkan empat puluh buah sekolah di empat buah negeri, dua belas persatuan sukan dan sepuluh orang responden yang berpengaruh dalam sukan di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan kesan penjajahan British telah berperanan ke atas pengaruh kaum sama ada dalam kegiatan sosio-ekonomi dan pola corak bersukan rakyat. Selepas kemerdekaan Negara menumpukan peningkatan pendidikan dan ekonomi sehingga mengabaikan pendidikan di sekolah.

Sumber : Jurnal Pendidikan


________________________________________________________________



KOMEN

Kini kemajuan Negara seiring dengan kemajuan pendidikan, namun di manakah arah sebenar pendidikan sukan Negara. Kita sebagai rakyat harus bangun berhadapan permasalahan ini, jangan hanya mengejar kemajuan ekonomi sukan Negara di abaikan. Pendidikan sukan jangan sesekali dipinggirkan kerana melaluinya Negara akan menghasilkan rakyat berdaya saing, sihat serta berkeyakinan. Jika berdaya saing tetapi tidak disertakan pendidikan sukan maka Negara akan memiliki rakyat tidak sihat. Peranan ini mestilah di mulakan dari peringkat kanak-kanak, bermula dari pra sekolah, sekolah rendah diikuti sekolah menengah dan terus diaktifkan melalui kelab, persatuan dan masyarakat setempat. Peranan mestilah dipertanggungjawabkan kepada guru dan ibu bapa. Di peringkat kanak-kanak mestilah disajikan tentang pemahaman apa itu sukan, seterusnya praktikal (bagaimana sukan dimainkan), kanak-kanak sedang membesar sukakan aktiviti lasak. Maka dari peringkat tersebut mesti diterapkan budaya sukakan sukan. Pengaruh British banyak memainkan peranan ke atas pengaruh kaum, sama ada dalam kegiatan sosio-ekonomi dan pola corak bersukan rakyat. Pola corak bersukan dari pengaruh British mestilah diteruskan kerana pengaruh yang baik memberikan banyak kesan positif, antaranya melahirkan atlit Negara dan seterusnya mengharumkan nama Negara serta menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Ini akan membantu rakyat Malaysia bersemangat sukan dan melahirkan rakyat yang sihat. Sukan bukan sahaja untuk kesihatan malah majulah sukan untuk Negara .