Friday, September 12, 2008

JADIKAN SUKAN SEBAGAI MAKANAN UTAMA

Budaya sukan di Malaysia kurang menyerlah seperti Negara luar, sebagai contoh di Amerika Syarikat dan London, sukan bukan sekadar aktiviti untuk mengeluarkan peluh bagi menjamin kesihatan bahkan sukan menjadikan mereka yang kini mampu sebaris nama-nama besar dalam perniagaan termasuk jutawan. Sangat menyedihkankan di Malaysia, penduduk berbilang bangsa, kaum dan budaya lebih sukakan hiburan seperti nyanyian tidak memilih sukan sebagai makanan harian tetapi sukan sekadar “jika tiada aktiviti bolehlah” (memberi maksud sukan adalah pilihan terakhir dalam senarai aktiviti penduduk Malaysia). Sebagai Negara yang penuh adat dan budaya tidak sepatutnya kemalasan ini berlaku, kerana dari generasi nenek moyang kita mereka sihat dengan beraktiviti yang sihat.

GANJARAN BUKAN SEGALANYA

Sukan Olimpik bukan sekadar sukan biasa tetapi temasya sukan ini sangat gah di mata dunia. Sukan berprestij ini menguji, memmbakar semangat atlit demi mengejar kejayaan dalam golongan cemerlang dan terbilang. Namun begitu kemanakah arah atlit Negara kita Malaysia. Jangan dijadikan ganjaran sebagai pembakar semangat, ini seakan tidak jujur dalam memikul dan menggalas cabaran dan harapan Negara. Jika ini terus berlaku akan menjadi contoh yang tidak baik kepada generasi akan datang. Biarlah kita generasi kini menjadi contoh terbaik kepada bakal-bakal pemimpin dan atlit masa depan Negara. Bangkitlah warga Malaysia, bangkitlah agar Malaysia sebaris dengan nama handalan dunia yang lain.

MENAIK TARAF SUKAN NEGARA

Sukan tanah air kita Malaysia adalah antara sukan yang mampu dibanggakan. Sukan badminton tanah air kita telah melahirkan ramai pemain ternama antaranya Jalani Sidek dan adik beradik, sepertimana yang diketahui baru-baru ini Lee Chong Wei telah dijulang sebagai satu-satunya permata Negara yang bersinar da sekaligus menyelamatkan maruah Negara dari tidak memperolehi sebarangan pingat di temasya Sukan Olimpik Beijing. Ini adalah satu-satunya semangat dan penyambung nyawa Negara yang mampu memenangi pingat perak. Bagi melahirkan atlit seperti Lee Cong Wei Negara, Majlis Sukan Negara dan pelbagai pihak yang berkenaan mestilah memainkan banyak peranan antaranya mengadakan lebih banyak kelas atau klinik badminton secara percuma, disamping itu juga memberi subsidi bagi pembelian peralatan sukan kepada individu dan sekolah. Bukan sahaja dala sukan badminton tetapi juga sukan lain.