Monday, October 6, 2008

MASALAH GANGGUAN SEKSUAL JURULATIH TERHADAP ATLIT WANITA

MASALAH GANGGUAN SEKSUAL JURULATIH TERHADAP ATLIT WANITA
Masalah gangguan seksual bukan sahaja berlaku di luar, bahkan dalam sukan Malaysia atlit wanita tidak terlepas dari permasalahan ini, amat menyedihkan perbuatan ini dilakukan oleh orang yang bertanggungjawab menjana kecemerlanga atlit yang boleh dianggap sebagai ibu dan bapa kepada atlit ketika dibawah rutin latihan jurulatih. Jurulatih juga mestilah amanah melaksanakan tugas dalam memikul tanggungjawab membawa atlit Negara ke puncak serta amanah yang diberikan ibu bapa terhadap jurulatih demi anak mereka (atlit) tatkala dibawah pengawasan jurulatih, namun apa yang menyedihkan jurulatih cuba mengambil kesempatan ke atas atlit. Kemana letaknya akal fikiran seorang jurulatih yang dilantik, namun begitu tidak semua jurulatih sebegini hanya segelintir akan mengakibatkan tiada kesan hormat terhadap jurulatih berekod bersih, masyarakat memandang serong terhadap kerja jurulatih. Atlit wanita berjiwa kental tidak mungkin patah semangat bahkan berani tampil atas ketidakbertanggungjawab jurulatih. Ini lah tindakan wajar……………..fikirkanlah

No comments: