Monday, October 6, 2008

ATLIT LAGENDA SEBAGAI CONTOH

ATLIT LAGENDA SEBAGAI CONTOH

Negara Malaysia sebuah negara membangun, makmur dan aman damai, namun begitu kita seakan ketandusan bakat-bakat baru negara kini. Apa yang menyedihkan semakin pudar semangat kesukanan seperti atlit lagenda negara terdahulu sebagai contoh Mokhtar Dahari , Jalani Sidek, Misbun Sidek dan ramai lagi. Semangat atlit lagenda ini mesti diterapkan kepada generasi baru. Ini boleh dilaksanakan melalui risalah dan video pengalaman atlit lagenda, atlit lagenda sebagai jurulatih dan sebagainya, ini dapat membantu peningkatan tahap kebolehan serta ketahanan atlit-atlit muda. Tidak cukup dengan itu atlit kini mestilah kreatif mempelajari semangat dan kemampuan atlit lagenda luar negara kerana "jika mereka boleh mengapa kita tidak". Renung-renungkanlah

No comments: